Sila la singgah. Kalau boring, sila click nie.
Ezzah Memo
Entri Pendek.
Monday, May 30, 2016 . 0 Words

Haiii S E M U A.

Haa.. Kali ni belog versi pingkiiii..

PINK!

Taksuka,terpulanglah...

Taklama lagi nak puasa kan.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubaraq.

Moga sama-sama kita dapat keberkatan.


Labels:



TERIMA KASIH DAUN KELADI


Khas Untuk Dia.. Saranghae.. ♥ ♥ ♥
Tuesday, August 12, 2014 . 0 Words
As Salam S E M U A..

Hai haiii.. Wahh.. rindu nyerrr.. lama jugak tak meng'online' kan diri di sini..
Haa.. buat pengetahuan semua, memo dah delete satu lagi belog memo. 
Alaa.. yang memohazel tu.. okay?

Sekarang, memo nak fokus belog nie je lah..
Biarpun memo tak selalu update kat sini, mencurangi ke, ape ke, biar je lahh..

Okay, memo masih rasa macam mimpi dalam sedar.
Sebab? Jeng jeng..
.
.
.
.

teka laa..

Okay, sini memo nak kongsi satu cerita..
Ermm, kaitan la jugakk.. berlaku dalam kehidupan.

Selang beberapa tahun bergelar seorang cecacih atii kepada seseorang ni, 
pada suatu masa, ada la juga berlaku satu perselisihan paham.. Agaknya laahh..
Okay, si bunga mintak pulihkan balik hubungan dah macam air milo kerak kerohnyee..
Si kumbang pulak cakap, "eh, kenapa pulak kita.."
Si bunga balas balik "aie, jadi selama ni kita kawan dengan sape erk..?? tentu-tentu la dengan awakk.."

Selang beberapa ketika..
Si bunga cakap "awak, kita undur diri jer lah..dari jadi macam ni.. 
KALAU ADA JODOH KITA NANTI, ADA LAH TU..."
Si kumbang KECEWA teramat sangat..
Dipahamkan, masa kejadian tu, si kumbang nak final exam..
kepala celaru.. pikir pulak nak tackle bunga dia balik..
sanggup nak jalan kaki dari SEMARIANG ke TABUAN, Kuching.
bayangkan erk, masa tu musim hujan..
Si bunga? mau tak rasa serba salah..

Nak di pendekkan cerita, selang beberapa ketika, si bunga jumpa pulak kumbang lain..
kawan-kawan..
Si kumbang pun sama jugak..

Tapi yang paling best sekali, si kumbang sikit tak pernah lupakan si bunga lama dia.
Pernah jugak si bunga kumbang yang baru cemburu. 
Sapa suroh, si kumbang tak penah tuka pun nama contact dalam phone dia..
PU_3

Special tak, memang special sangat laa..

Di pendekkan cerita, hari berganti hari, bulan tuka bulan, tahun tuka tahun..
tanggal 18 hb Disember 2013, si kumbang buat kejutan la sangat..
Nak tahu siapa bagi kek hari lahir memo tahun lepas? Haa...
Si kumbang laa..

 Satu ayat yang buatkan memo tersentap,
"KALAU ADA JODOH KITA NANTI, ADA LAH TU..."
si kumbang ulang balik..
yess, dia memang taknak kehilangan si bunga buat kali kedua..
kalaupun dia cakap bukan di takdirkan jadi isteri ke, jadi kawan pun tak pe.

Kami buat keputusan, In Shaa ALLAH,  dia taknak kehilangan memo, 
kita ikat terus hubungan.. 
Dan sekarang, memo dah pun jadi tunangan dia.
Alaa, si kumbang tu.. :)

memo tak nak jemu la nak ucapkan, TERIMA KASIH..
atas segalanya.

Syukur tak terhingga..

Sekarang, In Shaa ALLAH, persiapan nak ke gerbang seterusnya dalam status ON GOING.

Mohon dipermudahkan segalanya. AMIIN.

notakaki : sekali mahunye, memo update la panjang-panjang.. 
nanti, ntah bila, memo update lagi.. kali ni malas la nak letak gamba.. HAHA. S O R R Y.

T A T A.

Labels: ,



TERIMA KASIH DAUN KELADI


Singgah Sekejap.
Monday, June 23, 2014 . 1 Words
As Salam SEMUA.

Hai hai..

Wahh. lame bebeno la memo tak update belog ni..
almaklum laaa, jarang online.. dah tu balik jer dari keja, lepas jer tengok slot Akasia TV3, terus balik bilik..
rehat, dan terus tidoo.. Zzzz..

Sebenarnya, banyak perkara jadi dalam beberapa bulan sebelum ni..
Dalam bulan Jun ni jer macam hal.. Contoh, Majlis Perasmian.
memo pulak AJK Multimedia dan AJK Persembahan.. Jeng jeng jeng..

Sekarang ni, menghitung hari nak Ramadhan.. :)

Bhaaa.. Kalau ada kelapangan, memo update lagi lah nanti erk.. 

In Shaa ALLAH...

Byeeee~ 


Labels:



TERIMA KASIH DAUN KELADI


Pasal Lama Sangat..
Monday, March 10, 2014 . 0 Words
Assalammualaikum..

Wah.. Terrrsangatlah lama memo tak menghapdet belog memo kali ni..
Almaklumla, nak ongline jarang-jarang..
Dah pulak masok tahun baru, tempat kerja baru..
Report duty baru.. Rumah sewa baru.. HIHI..

Kali ni memo ambik kesempatan dalam kesempitan kejap, ongline guna blackberry jerrr..
Takda  makna nyerr handphone sematpong jenis tasskerin.. HAHA..

Merapu kejap..

Dahlaaa.. ntah bila, memo hapdet lagi.. In Shaa ALLAH..

Labels:



TERIMA KASIH DAUN KELADI


Bukan Perpisahan
Monday, December 30, 2013 . 1 Words
Assalammualaikum..
Salam semuanyaa.. wah, syukur Alhamdullillah, cuaca hari ni tenang jerr..
semalam, macam sedia maklum, kalau di kawasan sewaktunya di Bintulu, hujan lebat dan ada kawasan kena banjir.. harapnya elok sediakala la lepasni..
kali ni memo nak kongsi pasal Bukan Perpisahan.. 
okay okay, sebenarnya kan memo ni bukan pandai sangat nak cover perasaan..
paling-paling la kan, bab sedih-sedih.. sorrylaa memo cakap..
akhir tahun ni, boss memo pindah..
maksud dia pindah dari ke cawangan baru..
Alhamdullillah, salah satu dekat dengan keluarga masing-masing..
jom, memo kongsi sikit gambar..




Okay, ni boss memo. Nama dia Puan Noor Diana Salleh..
memo sayang sangat kat dia tau.. dah macam kakak memo..
walaupun sekejap cuma.. ececeyyy...


Kasi zoom sikit.. :)


Ni pulak boss memo sorang lagi.. Puan Emmy Sharihan.
(lepas nangis ni...)
ngeeee...


Nah, kesempatan tuu.. 
yang semestinya, memo nak TENGAH jugak.. yer..
bajet comel itu mesti.. 


Ni memo tak tau la gaya apantah.. RABBIT kot..


Bambam kan memo.. comel kan.. HAHAA..


Memo dengan kakak kesayangan.. seriously, Izzah gonna miss you KakYana..!!
(kalau kat opis, kononnya terbiasa address guna nama sendiri..)


errr... krik krikk.. abaikan memo yang bambam..


Yerr.. Charlie's Angel.. 


Kak Emmy sedang siapkan last tugasan dia.. memo candid kejap.. HEHEE..


Fokus si Izz.. (anak Kak Yanie)


See, kecomelan teserlah.. 


notakaki : sebenarnya memo dah sedih awal-awal lagi..
sebab memo rasa suka nak rasa sedih.. tapi dah lumrahkann..
jumpa mula sekali lapor diri 15 Januari, now, boss memo dua orang pulak pindah..
singkatkan.. tapi In Shaa ALLAH, satu ikatan silahturahim, ikatan ukhwah mesti terjalin..
mudahan takkan terputus.. pinjam iklan tagline kejap..
KAMI BUDDYZ, TAKKAN TERPISAH..
memo harapkan, memasing berjaya dunia akhirat..
memo harapkan halalkan semua makan minum memo sepanjang kita kenal..
kalau terpakai, terguna barang kat opis, sorry erkk..
nanti kalau memo cuti-cuti ke sana, In Shaa ALLAH memo akan bagitau...
memo sayang KAK YANA & KAK EMMY!!

Labels: , ,



TERIMA KASIH DAUN KELADI


Kejutan Yang Mengejutkan
Wednesday, December 18, 2013 . 1 Words
Assalammualaikum... 
Wahh, sangatla lama memo tak update entri belog memo ni..
Konon jerr belog kesayangann.. Maaflaa, almaklum la sangat, di bulan terakhir tahun 2013 nii..
Keja memang banyak.. dahtu balik je keja, layan korean drama.. 
Kalau dah hujung tahun, setiap tahun la selalu nya, maksud paling dekat, hari peringatan tarikh kelahiran memo la..
Hadiah-hadiah yang betul-betul buatkan memo terharu.. Alhamdullillah, masih ada yang sayang.. yerr..

Alaa.. hari lahir memo.. tanggal 18 Disember..
Jadi, di tahun 2013 ni, sangat-sangat berbeza dari tahun sebelum..
Satunya, dapat KEJUTAN yang sangat mengejutkan memo pagi-pagi..
Sorry, memo ambik gamba guna handphone tak berapa nak smart..

Mula-mula memo dapat in coming call dari nombor tak kenal.. macam biasa, memo memang taknak jawab.. So, memo mintak tolong kawan memo la jawab.. Cakap-cakap, orang dalam telefon tu cakap ada barang datang dan dia tunggu kat bawah.. So, memo blur sangat-sangat & nebess la konon.. Terdetik sekejap, barang apa pulak kali nii... Dan, taraaaaa...
.
.
.


Kotak kek.. sekali tengok memang tau la kek.. tapi siap dengan nama & no. telepon memo..


Bukak jer kotak, mula sekali memo buat, MENJERIT!!


Abaikan muka sembab kat situ.. 


Ni tengah terkial-kial fikir macam mana nak potong kek ni.. Sayang pulak tengok topping dia. 


Dengan semangat yang kuat, potong tepi je dulu.. ngee...


Sedap, kek pelangi.. rasa durian + cheese..


Taraa..


Ni pulak kek kedua.. Kakak kat opis bagi.. 


Tiup lilin.. errr.. tutup telinga la pulak..


stay comel, okay.. 


Abaikan apa yang tak menyenangkan..

Okay, nak tau tak sapa yang bagi kek Man. United tu?? ehee.. SOMEONE SPECIAL kalau diajukan soalan.. So me, memang terkejut besar la.. mau nyer tak terharu.. sampai nangis, okay..

Dear you, terima kasih tak terhingga & entah la ucapan terima kasih kali ke berapa kita ucapkan.. Sebab, sama-sama pertama kali kan awak buat kejutan yang sangat-sangat mengejutkan ni, dan saya yang menerima kejutan ni.. Okay, saya nampak dah salah satu keyakinan awak.. Yerr.. satu jer dulu tau.. Saya rasa di hargai sangat-sangat tauu.. TERIMA KASIH awak.. HAHAA.. 

notakaki : entri kali ni entri pasal ni jer.. 

Labels:



TERIMA KASIH DAUN KELADI


Skrin Besar, Dewan Suarah. Sarawak lawan Pahang
Sunday, October 27, 2013 . 3 Words
Assalammualaikum semua.. hai hai hai.. selamat berhujung minggu..
jap, salam 1 Malaysia, 1 Borneo, 1 Sarawak..
macam semua dah tahu, malam tadi perlawan antara Sarawak dan Pahang..
keputusan penuh : Sarawak 2 Pahang 4.
Tahniah Pahang, mara ke final.

Okay, jom memo kongsi sikit gambar masa menonton perlawanan di skrin besar di Dewan Suarah, Bintulu..
dan Alhamdullillah, cuaca menyebelahi kita.. cuaca elok. 
ermm, kali ni tambah satu lagi skrin besar berbanding minggu away match minggu lepas. jomm!


masing-masing sibuk dengan telepon..
okay, sekali lagi picnic di malam hari..


girlfriend.
Bai dan Jiji.


ngeee.. 


okay, gendut disitu.. jyiaahh!!


sebelum perlawanan bermula.. jom kita chanting dulu..
semangat ini untuk Sarawak..





macam kenal jer brother ni.. 
ermm... abang Adi Herman kan.. 






konon nak berlatarbelakangkan pasukan chanting.. 
tapi entah kenapa gaya bergambar macam tu sangat.. :3



okay, GB13.




selepas perlawanan..
chanting tetap diteruskan.. semangat ini untuk SARAWAK!!



okay, ni Acong. datang Bintulu sebab ada match jugak..
jadi ambik kesempatan memo 'culik' dia malam tadi..
second half match.. 




model kejap..


dan berdiri tegak.. 


girlfriend Bai hantar memo balik rumah..
terima kasih sayang!


GB13!

notakaki : walaupun kemenangan tak berpihak kepada kita, semangat ini tetap ada..
Demimu Sarawak!
In Shaa ALLAH, tahun depan rezeki untuk kitaa..
Oooo Sarawak, satukan hatimu..
Oooo Sarawak, kibar benderamu..
Kami sokong negeri Sarawak, oiiii!
Kini dan selamanyaa..
Oooo Sarawak, ibu pertiwiku...

Labels: ,



TERIMA KASIH DAUN KELADI




Older Post